BERHATI-HATI DENGAN MAKANAN SEJUK BEKU
Bolehkah sejuk beku memusnahkan bakteria dan parasit?
Mikrob seperti bakteria, yis dan kulat dalam makanan tidak aktif semasa disejuk beku, tetapi setelah dikeluarkan dari peti sejuk dan berada dalam keadaan yang sesuai, mikrob-mikrob ini boleh aktif semula malah membiak pada tahap yang membahayakan kesihatan. Makanan yang dinyah beku perlu dikendalikan dengan baik kerana dalam mikroorganisme yang terdapat di dalam makanan itu membiak pada kadar biasa.
Sesetengah parasit seperti Trichina boleh mati pada suhu bawah kosong, tetapi peti sejuk biasa di rumah mungkin tidak mencapai tahap itu. Sebab itu, apabila memasak, pastikan makanan masak sepenuhnya sehingga semua parasit musnah.
Masihkah berzat dan berkualiti?
Proses sejuk beku sahaja tidak memusnahkan nutrien yang terdapat dalam makanan. Bagi daging dan produk-produk ayam itik contohnya, perubahan dalam nilai nutrien sangat sedikit.
Tetapi makanan boleh berubah warna dan menjejaskan kualitinya. Contohnya warna daging berubah coklat kerana kurang oxygen, manakala tulang dan daging ayam menjadi lebih gelap kerana pigment daripada tulang menyerap ke tisu-tisu sekitarnya.
Sebab itu, adalah lebih baik makanan disejuk beku dengan cepat. Jika disejuk beku dengan perlahan, kristal ais yang besar akan terbentuk, dan apabila anda menyahbekukan makanan, ia akan merosakkan sel-sel dan melarutkan emulsi. Daging contohnya, akan mengeluarkan banyak air dan hilang jusnya. Emulsi seperti mayonis atau krim akan kelihatan seperti pecah minyak dan kelihatan bergentel.
Semasa menyimpan makanan dalam ruang sejuk beku, elak meletakkannya di atas satu sama lain, sebaliknya biarkan selapis atas rak-rak berbeza. Setelah makanan sudah membeku, barulah disusun berlapis.
Bukan berniat untuk menghalang pembelian makanan sejuk beku, tetapi untuk kita lebih berhati-hati saja.
Millions of Secrets By Nurul Latif
Sunday, 27 October 2013
TELUR TIDAK HALAL!!!!!
TELUR PUNCA MAKANAN KOTOR DAN MEMBAWA PENYAKIT
Telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasak ke dalam makanan.
Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella.
Begitu juga pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak. Tanda awal pembiakan kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik dipecahkan.
Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam.
Hal ini telah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Julai 2010.

Monday, 21 October 2013
TABUNG ABANG KAT MASJID LA MAMA
PERBUALAN SAYA DAN ANAK BUJANG (3 TAHUN)
Sewaktu duduk di ruang tamu tadi,saya ternampak ada duit syiling 20 sen di bawah kerusi...
Mama : Abang ambil duit syiling tu bang..kesian duit tu bang...
Afiif : Mana mama?
Mama : Kat bawah kerusi tu la sayang..pergi simpan dalam tabung abang
Afiif : Tabung abang kat mana mama?
Mama : La kan abang yang simpan...abang letak mana?
Afiif : Tabung abang kat masjid la mama...abang nak masuk dalam tabung masjid...
Mama : Terdiam kejap..MasyaAllah Afiif boleh cakap macam tu (dalam hati) Nak mengalir air mata ni rasanya..
Alhamdulillah afiif qayyum di ajar menabung bukan sahaja menabung di rumah malah di masjid/surau juga.. terima kasih papa,sama-sama kita mendidik permata hati yang di amanahkan oleh Allah swt In shaa Allah...
## Rezeki kita bukan semua untuk kita,tetapi di dalam rezeki kita ada untuk orang lain juga...

Subscribe to:
Posts (Atom)