WE ARE LEFTHANDED FAMILY :)
KIDAL???? ya betul...keluarga saya adalah KIDAL kesemuanya..Permulaan kenal dengan suami adalah sewaktu di alam persekolahan...berapa lama la bercinta tu kan :) 10 tahun tau...pelbagai ranjau onak dan duri kami lalui bersama dengan penuh sabar dan yakin...walaupun sekolah lain-lain, sambung belajar pun di IPT lain-lain...itu la di katakan jodoh...Alhamdulillah akhirnya kami di ijabkabulkan oleh bapaku sendiri(Ab Latif Bin Saleh)...terima kasih abah :)
Kali pertama saya perasan suami KIDAL adalah sewaktu dia bermain bola sepak di sekolah saya..sekali tengok dia main bahagian sayap kiri..hati terdetik ketika itu..dah tentu KIDAL mamat ni :) walaupun dia berlawan dengan sekolah saya (Sekolah TInggi Port Dickon,STPD), tetapi saya tetap sokong sekolah suami saya(Sekolah Datuk Haji Abdul Samad,SDASA)hihihi kawan-kawan dah faham sangat dah...kadang-kadang jadual perlawanan pun kawan yang bagi kerana mereka tahu saya memang minat dengan sukan..terutama sukan bola sepak dan sukan badminton :)
Kali kedua saya perasan suami KIDAL sewaktu kami tuisyen bersama-sama di Port Dickson...dah sah-sah la KIDAL sebab tengok dia menulis...masa dulu seronok pun ada kerana kami sama-sama KIDAL..cara baca majalah pun sama...kami akan selak majalah dimulakan dengan mukasurat belakang dahulu sampai lah ke mukasurat hadapan...pelik kan orang KIDAL!!! :) Orang KIDAL juga di perlukan sewaktu ingin mengadakan majlis keramaian kerana mereka akan memegang pisau untuk memotong di tangan kiri dan memegang sayuran atau buah-buahan di tangan kanan...apabila orang melihat,ianya kelihatan sopan dan bersih..tidak la geli...betul tak??hehehe..
Setelah berkahwin semua kerja rumah di lakukan bersama-sama..pegang mop KIDAL,menyapu KIDAL,menggunting pun tangan KIDAL..semua KIDAL lah..cuma makan je tangan kanan dan memegang lidi sewaktu mengaji Al-Quran :) sehingga ada orang perasan la kami ni pasangan KIDAL(terasa glamour lak masa tu..hihi)...menjadi tontonan pun ada sewaktu menulis ker,isi borang ker,sewaktu berkursus ker..kami duduk bersebelahan dan tanpa sedar cara kami menulis pun sama iaitu kertas atau buku mesti di sengetkan :) mesti pernah terjumpa orang KIDAL menulis macam ni kan?? itulah kami :)
Saat-saat indah paling seronok dan terujanya adalah anak-anak kami pun sama KIDAL...ciri-ciri mereka cenderung ke KIDAL adalah sejak kecil lagi sehingga la sekarang..Afiif Qayyum Bin Romzi & Airiis Qisyya Binti Romzi mereka adalah KIDAL seperti kami :) betul lah para ulama cakap,anak-anak tidak akan ikut apa yang ibubapa mereka suruh tetapi akan ikut apa ibubapa mereka buat...jadi anak-anak dah terbiasa melihat kami lebih menggunakan tangan KIDAL,jadi tidak musatahil lah mereka pun cenderung menggunakan tangan KIDAL...kan kan kan :)
fakta yang dipetik dari group kidal di facebook:
- Orang kidal mempunyai kelebihan dari segi teknikal skill.Contohnya sukan Badminton, Tennis; kerana orang kidal memegang racquets dgn cara yang berlainan. Ini menyebabkan pihak lawan sukar menjangka pergerakan yang di lakukan.
- Researchers also claim that left-handed fighters are more skillful than right-handed fighters, as it is more difficult for opponents to foresee and block a punch thrown in the opposite direction.
- Tahukah anda,daripada 5 orang yang mencipta komputer Macintosh, 4 daripadanya adalah orang kidal.
FAKTA RINGKAS
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah KIDAL
2. Orang KIDAL tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg juga KIDAL
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan KIDAL. Tidak ada gen yang mengaitkan orang KIDAL dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa untuk orang KIDAL adalah Hari KIDAL Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu nak ikut ok..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang KIDAL berbanding perempuan
7. Individu KIDAL, Individu Elastik
Disebabkan individu KIDAL terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang KIDAL hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.(ajal maut di tangan Tuhan..ini kajian sahaja :))
Orang KIDAL pintar?
Memang ramai individu KIDAL yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana KIDAL tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Ada yang berpendapat, individu KIDAL bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang KIDAL menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan.
“only left-handed are in their right minds”
INDIVIDU KIDAL DI PERCAYAI MEMPUNYAI KELEBIHAN DALAM BIDANG MASING-MASING IALAH :
a) Teknologi Maklumat
b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
- Saidina Umar Al-Khattab
- Julius Caesar,
- Alexander the Great,
- Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
- Leonardo Da Vinci
c) Muzik dan hiburan
- Michelangelo Buonaroti,
- Beethoven
- Oprah Winfrey
- Amitabh Bachchan
- Tom Cruise
- Charlie Chaplin
- Nicole Kidman
- Marilyn Monroe
- Angelina Jolie
- Keanu Reeves
- Sylvester Stallone
- Asmawi bin Ani( Mawi )
- Man Kidal
d) Sukan
- Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
- Diego Armando Maradona (Bolasepak)
- Lieonel Messi (Bolasepak)
- Rafael Nadal (Tenis)
- John McEnro (Tenis)
- Lin Dan (Badminton)
- Valentino Rossi (Lumba motosikal)
TOKOH-TOKOH KIDAL
- Presiden Amerika Syarikat
- James A. Garfield (1831-1881) 20th
- Herbert Hoover (1874-1964) 31st
- Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
- Gerald Ford (1913- ) 38th
- Ronald Reagan (1911 – ) 40th
- George H.W. Bush (1924- ) 41st
- Bill Clinton (1946- ) 42nd
- Barrack Obama 44th
|
Syukur Alhamdulillah..kurniaan tuhan..
ReplyDelete